TIPS TAMBAH SUSU IBU
Pengalaman
menyusukan anak-anak memang sangat mengujakan. Pahit getir nak
mencukupkan tempoh menyusu dua tahun penuh liku-liku. Selain daripada
mengikut perintah Islam untuk menyusui anak sehingga 2 tahu, sebagai ibu
yang nak yang terbaik untuk anak-anak, kita tetap berusaha nak cari
jalan macam mana nak banyakkan susu ibu. Macam mana nak tambah susu ibu.
Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja.
1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM
Walaupun
rasa macam cukup ke tak susu aku ni, sikit ke banyak. Yang penting
kerapkan penyusuan. Selepas bayi menyusu, boleh pam untuk keluarkan susu
selebihnya dan kosongkan breast. Semakin
kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar
pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Berapa
lama perlu pam, dicadangkan anda pam 15-20 minit setiap sesi, kalau
dapat pakai double pam lagi bagus. Pengalaman saya mengepam menggunakan
swing, 15minit pertama, sikit sikit keluar, sampai minit ke 15 laju je
turun (let down). Ada customer saya yang dalam pantang cakap, "kak, susu
saya bila pam keluar sikit je" "berapa oz" , "2oz je".. "berapa lama
pam" "5minit" ... oh sayangku, bagi akak yang dikategori kurang susu
badan, 2oz utk 5minit tu banyak jugak. akak awal pantang dapat 2 oz tu
untuk 15minit. (Sebelum kenal Shaklee ). Keep pumping oke. Banyak sangat tips yang kita jumpa, tinggal lagi samada tips itu serasi dengan kita, atau berkesan pada orang lain tapi tidak pada kita. Saya ingin kongsikan 7 tips untuk tambah susu ibu. Saya harap ianya dapat membantu kita sebagai ibu dalam mengejar impian untuk beri yang terbaik buat si manja.
1. KERAPKAN menyusui bayi atau PAM
2. MASSAGE breast atau TUAM
Sebelum sesi mengepam boleh massage dulu breast atau tuam di sekeliling breast.
3. MAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLIMEN
Ambil makanan yang seimbang, janganlah dalam pantang asyik makan nasi dengan ikan masin. Tingkatkan pengambilan makanan bersumberkan protein, karbohidrat dan kalsium. Ambil suplimen yang sesuai dan dipercayai. Set Menyusu Shaklee terdiri daripada set-set di bawah. Pilihan boleh dibuat berdasarkan keperluan dan budget masing-masing.
4. AMBIL AIR SECUKUPNYA.
Kandungan susu ibu 88% adalah air.
(sumber : http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/2012/Pdf/susu.pdf ) .Maka minum air secukupnya. Dicadangkan pengambilan air 3L sehari atau mengikut berat badan 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.
5. BERFIKIRAN POSITIF.
Jangan
stress, tension rasa susu tak cukup, nanti lagi la takde susu yang akan
keluar. Emosi mempengaruhi pengeluaran susu. Kekalkan rasa gembira,
tenang semasa mengepam dan menyusui bayi. Tips kalau anda mengepam di
pejabat, duduk di tempat yang selesa, lihat foto bayi anda yang comel
tu, atau lihat keletah comel dia dia telefon canggih anda. Sangat
mengujakan bukan. Percayalah ia sangat mempengaruhi. DAN ZIKIR. Sambil
mengepam banyakkan zikir YA MAATIN, selawat dan sebagainya. Berdoalah
semoga Allah mencukupkan rezki susu untuk anak anda.
6. MEMILIH PAM yang SESUAI
6. MEMILIH PAM yang SESUAI
Sangat
penting. Walaupun sebenarnya ia mengikut budget anda juga, tapi
sebenarnya pemilihan pam turut mempengaruhi. Ianya merupakan pelaburan
yang sangat berbaloi. Sekiranya anda ada budget pilihlah yang hospital
grade, teknik yang berkesan dan cepat. Ada yang selesa manual tapi ramai
juga yang tewas menggunakan pam manual apabila penyakit malas datang,
penat tangan mengepam menyebabkan malas. Jadi pam elektrik sangat
menjadi pilihan sekiranya anda memilih untuk menjadi pengepam susu yang
tegar. Ada budget lebih, melaburlah untuk pam double pumping ;).
Selalulah mengepam dan sesekali membuat power pumping. APAKAH itu,
banyak laman yang membicarakan soal ini. Secara ringkas teknik ini
adalah untuk meningkatkan pengeluaran susuibu. Tekni ini adalah dengan
mengepam 10minit sebelah kanan, 10 minit sebelah kiri dan bergilir
mencukupkan sejam kalau menggunakan pam single. Kalau pam double, pam 10
minit rehat 10 minit sehingga cukup sejam. Buat secara konsisten
setiap malam selama seminggu.
7. SKIN to SKIN
Banyakkan
skin to skin contact. Jangan terlalu sibuk mengepam, anda lupa untuk
beri secara direct. Bila ada bersama bayi, lebihkan masa dengan memeluk
bayi dan biarkan kulit bayi bersentuhan dengan kulit anda semasa
menyusu. Its miracle.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang berhajat besar dan berhati mulia untuk menyusukan anak-anak. Memberikan yang terbaik untuk permata hati anda. Walau sebanyak mana susu yang anda dapat berikan, sentiasalah bersyukur. Dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat. InsyaAllah.
Untuk tips percuma dan konsultasi
PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA
Shaklee Independent Distributor [ ID : 1122104 ]
Shaklee Independent Distributor [ ID : 1122104 ]
Cik Mels
Hp | 0173300556
tommyku_comel@yahoo.com
COD Area :
Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Serdang, Gombak,
Sekitar Lembah Klang
Sekitar Lembah Klang



0 comments:
Post a Comment