Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan
tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement
mereka disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai
yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka
yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan
darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan
banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya
penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila
kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan
darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini
apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan
kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak
meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar
buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu
sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya
anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil
ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan
menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan
baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil
ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau
malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi
dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan
ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah
anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam
badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara
berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka
kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara
berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah
anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh
diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat
besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama
alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh
badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti
pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh
mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah
vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan
niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan
dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli,
maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi
kebaikan vitamin yang anda beli!
Dan akan saya update
lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli
vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.
Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu
menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan
penghasilan susuibu.
sumber : www.anakkuwiraku.com
Shaklee Independent Distributor [ ID : 1122104 ]
Cik Mels
Sekitar Lembah Klang

0 comments:
Post a Comment