Masalah
jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika
tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca
jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan
mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok
hitam.
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
1) Radang kulit
sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan
meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory
hyperpigmentation" (PIH)
2) Perubahan hormon
sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan
tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease
yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan
hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan
pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.
3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari
setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan
bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles"
dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes
ialah saiznya.
Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
- Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
- Dermal : jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar
dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras
epidermal dan lebih senang dirawat.
Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama
hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali
terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan
doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah,
minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai
bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di
situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi
muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine
adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga
menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang
lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi
contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa
panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk
kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik
kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti
penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia
telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang
ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan
sampingan dalam jangka masa panjang.
CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT
1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang
cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali
sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas
mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap
yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk
yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim
pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya
selalu terdedah dengan matahari.
2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan
pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap
hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar
walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3
liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan
menyingkirkan toksin dari tubuh.
3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam
seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia
yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.
Untuk memperoleh kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN
selama 90-120hari adalah sangat penting, untuk memastikan sel yang lama
, mati dan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya.
Kulit dan ton warna kulit juga akan kelihatan lebih sekata.
Untuk kesan yang lebih flawless.... bolehla di ambil bersama COLLAGEN POWDER SHAKLEE!
InsyaAllah, usaha dan istiqamah akan berhasil.
by : kotakvitamin-saya.




0 comments:
Post a Comment