Friday, August 1, 2014

TIPS MINUM AIR MASAK


Antara nasihat yang sering kali diberikan oleh doktor ialah minum banyak air  sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau 2 liter sehari untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan. Pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik.
Selain itu, bagi ibu-ibu menyusu, pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Ini kerana apabila menyusu, ibu akan rasa cepat dahaga dan dehidrasi. Maka, pengambilan 3 liter air sehari sangat diperlukan untuk menambah kuantiti susu juga.
Antara tanda-tanda anda kekurangan air ialah sakit kepala, air kencing terlampau kuning, badan terasa panas dan sakit-sakit badan.
Jom baca tips minum air masak yang berkesan!!


TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI

  • Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
  • Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
  • Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
  • Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
  • Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
  • Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
  • Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
  • Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
  • Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
  • Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.

InsyaAllah, tips ini dapat membantu pengambilan air sebanyak 3 liter sehari atau mungkin lebih. 
Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat menjadikan badan lebih sihat, bertenaga, ceria dan segar!! Jom minum air kosong @ masak banyak-banyak mulai hari ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates