Thursday, October 16, 2014

Kenapa kita Perlukan Nutrien??? Nutrien Pentingkah??

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang indah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah mencipta kehidupan yang lebih sihat untuk jutaan insan selama lebih daripada 50 tahun. Alami rasa sihat semula dengan nutrisi shaklee.

Seringkali kita dengar bahwa nutrien itu penting. Tapi adakah kita faham dan tau apa yang dimaksudkan dengan nutrien?



Terdapat pelbagai jenis nutrien yang terkandung di dalam sesuatu makanan yang kita makan dalam sehari. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang dikatakan dengan istilah “nutrien” ini? Nutrien sebenarnya satu komposisi kimia yang berada di dalam sesuatu bahan makanan. Makanan yang kita makan boleh diibaratkan sebagai agen  perantara yang bertindak menyampaikan bahan kimia tersebut kepada tubuh badan kita.

Nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan  iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam minarel. Nutrien-nutrien inilah yang membantu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa.

Bagaimana nutrien terhasil?? Nutrien terhasil daripada gabungan elemen-elemen seperti karbon, oksigen, hidrogen, nitrogen dan sulfur. Pengambilan nutrien untuk tubuh badan perlulah seimbang  iaitu dalam kuantiti tertentu. Pengambilan makanan yang seimbang ini boleh diterjemahkan sebagai “diet seimbang”. Segala jenis nutrient yang kita makan akan dicernakan oleh badan kita melalui satu tindak balas kimia iaitu  metabolisma. 

Kepentingan Nutrisi pada badan kita

Ramai yang diantara kita sudah lupa tentang apakah kepentingan nutrisi untuk badan kita. Malah juga ramai yang diantara kita menjadi terlalu asyik dengan kepentingan nutrisi untuk luaran sahaja seperti muka, kulit, rambut, dan bentuk badan kita.

Rasanya ramai yang tidak mengetahui  kepentingan nutrisi untuk badan kita. Ada juga yang memandang remeh mengenai topik ini. Adalah benar yang kita tidak dapat merasa atau melihat kesan-kesan kekurangan nutrisi untuk badan kita dengan serta-merta, tetapi kita dan badan kita akan dapat merasai kesan-kesan tersebut apabila usia kita semakin meningkat. Badan kita memerlukan nutrisi untuk bertindak mengikut keperluan organ-organ dalaman badan kita.

Fokus yang menjadi kepentingan utama kita adalah hanya pada luaran sahaja. Kita tidak pernah ragu-ragu apabila mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli krim muka. Tetapi apabila hendak mengeluarkan duit untuk membeli suplemen yang boleh membantu menyihatkan dalaman badan, kita menjadi ragu-ragu.

Realitinya adalah organ-organ dalaman badan kita memerlukan fokus yang sama rata dengan luaran badan kita. Contohnya, kulit kita memerlukan krim untuk memberi kelembapan dan memastikan kulit tidak menjadi kering … sel-sel dalaman badan kita juga memerlukan air untuk memastikannya tidak kering.

Kita boleh mempunyai luaran badan yang cukup menarik tetapi tiada maknanya kalau dalaman badan kita tidak sihat. ‘Suapkan’ nutrisi yang relevan serta mencukupi kepada badan kita bukan sahaja nutrisi dari suplemen yang berbentuk macam pil sahaja tetapi juga nutrisi dari natural suplemen yang boleh didapati dari makanan dan minuman seharian kita. Oleh itu mulakanlah memberi fokus yang sepatutnya kepada luaran serta dalaman badan kita.

Kekurangan Nutrisi dalam badan kita akan mengakibatkan :-
  • Penuaan Pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit & jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah


7 Sebab Kenapa Anda Memerlukan Nutrien
  1.  Kita sering terdedah dengan PENCEMARAN alam sekitar
  2. Badan kita memerlukan DOS yang TINGGI bagi sesetengah nutrien
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin TERJEJAS atas TERCEMAR
  4. Mengamalkan gaya hidup yang TIDAK sihat
  5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan MENGIKUT selera rasa
  6. GANGGUAN penyerapan nutrisi daripada makanan
  7. KEHILANGAN nutrien dalam makanan
Disini juga saya ingin berkongsi salah satu suplemen yang menjadi kegilaan ramai sekarang adalah SHAKLEE. Ada 3 Keistimewaan Shaklee kenapa perlu anda memilih suplemen shaklee tanpa rasa ragu. Ini bukan kerana saya adalah PENGEDAR SHAKLEE. Pengedar Shaklee mana-mana semua tidak hanya mengaut keuntungan tapi ingin berkongsi juga tentang pemakanan suplemen yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Dalam banyak banyak suplemen yang berada di pasaran, mengapa saya memilih Shaklee? Ini antara sebabnya :


SHAKLEE, SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM


SENTIASA SELAMAT

  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar. Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya. 

SENTIASA BERKESAN
  • Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan

SENTIASA MESRA ALAM 
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi anda
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam



Untuk tips percuma dan konsultasi 


PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA

Shaklee Independent Distributor [ ID : 1122104 ] 

Cik Mels

Hp | 0173300556

tommyku_comel@yahoo.com

COD Area : 
Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Serdang, Gombak,
Sekitar Lembah Klang


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates